CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, July 15, 2009

Permata Yang Dicari

Oleh: D'Hearty

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hati ku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini

Ya Allah, jika dia benar untuk ku
Dekatkanlah hatinya dengan hati ku
Jika dia bukan milik ku
Damaikanlah hati ku dengan ketentuan-Mu

Chorus:

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hati ku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah, Engkaulah tempat
Ku bergantung harapan ku
Ku harap diri ku sentiasa
Di bawah rahmat-Mu


~lagu ini adalah kiriman seorang sahabat yang membawa maksud mendalam dalam diri ini..sama-sama kita hayati dan semoga kita adalah 'permata yang dicari' itu, insyaallah..mudah-mudahan..terima kasih sahabat!!~

Saturday, June 20, 2009

Stay The Same

By : Joe McIntyre

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
If you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change

I think that you could be whatever you want it to be
If you could realize all the dreams you have inside
Don't be afraid if you got something to say
Just open up your heart and let it show you the way

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
If you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change

Believe in yourself, reach down inside
The love you found would set you free
Believe in yourself, you would come alive
Have faith the world you do, you make it through

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change
No there's nothing 'bout you I would change
Don't you trust...


'Stay the way you are.. .’ That was the last says from my English teacher, Sir Aminuddin before I'm leaving my school after the SPM examination. This song actually remind me on his says that bring a lot of meaning and was a motivation in believing ourselves in whatever we do and whatever other people might think we are. In point of view as a teacher, it actually motivated our self-esteem and confidence in educating our future students. As a teacher, we play a big role as a role model for their good sake. So, keep stay in good manner as you are!! Hope to be me too, insyaallah....

Tuesday, June 16, 2009

Perlukah..

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

Wednesday, June 10, 2009

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal, penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati, menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif. Bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental. Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Layari: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/04/rahsia-wanita-tanah-api-angin-dan-air.html

Hati Seorang Wanita

-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

-KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

Layari: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/11/hati-seorang-wanita.html

Monday, June 8, 2009

Beza Antara Cinta, Sayang, Suka & Minat

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


Layari:
http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/05/beza-cinta-sayang-minat-dan-suka.html

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Untuk bulan2 lain boleh layari: http://www.darulnuman.com/mhikmah/bulan.html