KEBAHAGIAAN seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik di dunia ini. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan mungkin hanya terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh MENGHARGAI kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. CINTA pula bermula dengan senyuman, mekar di hati dan berakhir dengan tangisan. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Janganlah mengharapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan hanya pandang kepada kecantikan rupa kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan terlalu mengejar harta dan kemewahan kerana ianya akan susut. Tetapi carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum SENYUMAN untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah mereka yang boleh membuatkan hati anda juga tersenyum. Ketahuilah bahawasanya kebahagiaan yang sempurna itu bermula dari hati yang ikhlas dan hanya bagi mereka yang semata-mata mengharapkan keredhaan daripada TUHAN Rabbul-‘alamin.InsyaAllah..
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
u have been tagged by me..go n see my blog ok
Post a Comment