Oleh: D'Hearty
Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hati ku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini
Ya Allah, jika dia benar untuk ku
Dekatkanlah hatinya dengan hati ku
Jika dia bukan milik ku
Damaikanlah hati ku dengan ketentuan-Mu
Chorus:
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hati ku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah, Engkaulah tempat
Ku bergantung harapan ku
Ku harap diri ku sentiasa
Di bawah rahmat-Mu
~lagu ini adalah kiriman seorang sahabat yang membawa maksud mendalam dalam diri ini..sama-sama kita hayati dan semoga kita adalah 'permata yang dicari' itu, insyaallah..mudah-mudahan..terima kasih sahabat!!~
Wednesday, July 15, 2009
Permata Yang Dicari
Posted by nadiah_yusof at 1:49 AM 0 comments
Saturday, June 20, 2009
Stay The Same
By : Joe McIntyre
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
If you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change
I think that you could be whatever you want it to be
If you could realize all the dreams you have inside
Don't be afraid if you got something to say
Just open up your heart and let it show you the way
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
If you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change
Believe in yourself, reach down inside
The love you found would set you free
Believe in yourself, you would come alive
Have faith the world you do, you make it through
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself you'd better of by far
And I hope you always stay the same
Cause there's nothing 'bout you I would change
No there's nothing 'bout you I would change
Don't you trust...
'Stay the way you are.. .’ That was the last says from my English teacher, Sir Aminuddin before I'm leaving my school after the SPM examination. This song actually remind me on his says that bring a lot of meaning and was a motivation in believing ourselves in whatever we do and whatever other people might think we are. In point of view as a teacher, it actually motivated our self-esteem and confidence in educating our future students. As a teacher, we play a big role as a role model for their good sake. So, keep stay in good manner as you are!! Hope to be me too, insyaallah....
Posted by nadiah_yusof at 7:11 AM 0 comments
Tuesday, June 16, 2009
Perlukah..
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
Posted by nadiah_yusof at 8:21 PM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).
Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal, penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati, menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).
Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif. Bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental. Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Layari: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/04/rahsia-wanita-tanah-api-angin-dan-air.html
Posted by nadiah_yusof at 8:45 AM 0 comments
Hati Seorang Wanita
-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
-HALUS : ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .
-KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .
-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .
Layari: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/11/hati-seorang-wanita.html
Posted by nadiah_yusof at 6:26 AM 0 comments
Monday, June 8, 2009
Beza Antara Cinta, Sayang, Suka & Minat
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Layari: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/05/beza-cinta-sayang-minat-dan-suka.html
Posted by nadiah_yusof at 9:33 AM 0 comments
Rahsia Bulan Kelahiran
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
Untuk bulan2 lain boleh layari: http://www.darulnuman.com/mhikmah/bulan.html
Posted by nadiah_yusof at 7:10 AM 0 comments
Sunday, May 31, 2009
Satu Ikatan, Tanda Penyatuan, Dua Hati Bersatu, Restu Mengiringi
31 May 2009, engagement day of my brother, A Ed with K Rodhiah...alhamdulillah, everything goes well. It was such a meaningful moment where 'Two Hearts' were blessed to be together soon. I am happy for him and so excited of helping to make the preparation for that event.
What made it more meaningful for me and all my siblings were when we met our beloved Ayah today. He was discharged from Muar Hospital yesterday, after four days being warded. We were so worried but now, we were so happy to see his face after the time being. He was not fully recovered, but for not let go this precious moment of seeing all his sons & daughters, he became energetic and that was a best medicine for him. Hopefully he will fully recovered soon, insyaAllah.
Congratulation for you, bro!! May happiness always by your side. And for Ayah, we all love you very much..so, get well soon!
The
couple..
Posted by nadiah_yusof at 5:48 AM 0 comments
DOA KEKASIH
“Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaMu.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta selainMu.
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling dariMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindui syurgaMu..”
Posted by nadiah_yusof at 5:44 AM 0 comments
Saturday, April 25, 2009
Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita
~Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani~
'Lelaki yang cantik' adalah;
* Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
* Lelaki yang sedia menerima segala teguran
* Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
* Lelaki yang tenang dan lapang dada
* Lelaki yang baik sangka
* Lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
~Kagagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan~
'Wanita yang gagah' adalah;
* Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
* Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
* Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
* Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan wanita berdiri atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan yang sempurna seorang wanita.
Wallahualam...
Posted by nadiah_yusof at 8:17 AM 0 comments
Thursday, April 23, 2009
Congratulation Sis!!
Today, I was with my family celebrating my sis's best moment that brings a wonderful meaning for her, Convocation Day!! It took place at Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Graduated in Diploma of Insurans, hopefully it would become a spirit & motivation to futher her study in degree level, insyaallah!! Only a bouquet of flowers to show support and love as a sister. From me to you...so good luck sis in whatever you do..we are always with you!!
Posted by nadiah_yusof at 9:26 AM 0 comments
Wednesday, April 22, 2009
Pesta Buku 2009
Alhamdulillah, hari ini xde klas, jd kesempatan yg ada kami gunakan utk mengunjungi Pesta Buku 2009 di PWTC. Kalau dh namanya pesta buku, semestinya byk koleksi dan jenis buku yg ada di sana. Emm..rambang mata dibuatnya nk buat pilihan buku apa yg nk dibeli. Kalau ikutkn hati mmg semuanya nk baca, lbih2 lg dgn tawaran hrga yg lbih rndah dr di pasaran.
Sbnrnya ini adalah kali pertama aku berpeluang utk dtg ke sini (Pesta Buku), walaupun dh byk kali diadakn, tp kesempatan tu bru dpt pd hari ini...jd rasa teruja tu mmg ada. Tujuan utama adalah utk cari buku ilmiah, disamping tu cari juga bhn2 bacaan utk ringan2kn kpla, apelg klu x novel..hantu novel la katakn. Sambutan mmg meriah, ramai juga pengunjung walaupun hari ni hari bekerja.
Drpd kunjungan ni baru la aku sedari, rupa2nya tdpt byk penerbit2 buku & majlh yg selama ini x prnah pun aku tahu akn kewujudannya. Bahan bacaan pun ade byk jenis mengikut peringkat umur. Sempatlah juga beli bbrp bahn bacaan. Kebetulan jumpa ramai rakan2 DPLI, emm..msg2 sahut saranan dr siti utk ke sana mncari bhn2 ilmu..alhamdulillah..sekurang-kurangnya masa yg ada digunakn sebaiknya di tmpat yg sepatutnya.
Sedar tak sedar masa berlalu dgn pantasnya. Alih2 jam dh hampir ke pukul 4 ptg. Jd terpaksa la mengatur lgkah pulg walaupun rasa x puas lg nk merayau ke setiap gerai yang ade.
Jadi bg rakan2 yg masih blum lg berkesempatan ke sana, pergilah. Byk sumber ilmu yg dpt kita perolehi di sana dan sememangnya tidak akn sia2 jika ke sana. Diharapkan agar program seumpama ini dpt dijalankan setiap thn pd masa2 yg akn dtg.
Posted by nadiah_yusof at 10:23 AM 0 comments
Monday, April 20, 2009
Sharing moment...
Our programme, BIG 2
Our ferry..
Faces that full of spirit to undergo
BIG 2, haha..
Pangkor Island,
here I come!!
Our motto, hope to be,
insyaAllah!!
Some of my happening
group members, 1A
Beautiful Pangkor Island, gonna
miss to be there again!!
Emm..tired but still
happy. Goodbye Pangkor!!
Posted by nadiah_yusof at 9:48 AM 0 comments
Hari baru, semangat baru, azam baru!!
Hari ini merupakan hari pertama dlm semester ke-2 bg kami pljr2 DPLI '09. Sedang pljr lain berjuang mghadapi peperiksaan, kami tlh pun memulakn sesi pengajian yg baru. Walaupun sbhgn dari kami masih lagi keletihan sekembalinya dari P.Pangkor smlm utk aktvt BIG, alhamdulillah semuanya masih bersemangat dan mampu utk hadir ke kelas Dr Siti pd pagi ini.
Melihatkn wajah msg2 yg keletihan & terbakar dek angin laut & bahang mentari di Pangkor, kdg2 mencuit hati ini, ttp kenangan pahit manis spjg 5 hari disana tidak akn prnh dilupakn. Setelah memerah otak menghadapi peperiksaan, kami diberi peluang utk menenangkan fikiran & jauh meninggalkan suasana kuliah & berenggang dgn buku2/nota2 utk sementara di sana, ttp dlm masa yg sama kami trut 'didera' bg memperbaiki & memantapkn diri sbg persediaan mnjadi guru yg versatile dan holistik pd msa akn dtg.
Sememangnya terlalu byk pengetahuan & pengalaman yg ditimba spjg berada di sana. Walaupun secara fizikalnya kederat kami dikerah dgn plbgai aktvti lasak & mncabar serta menahan emosi dan telinga dari kata2 yg menyakitkn dari para fasilitator, dlm sedar atau tidak sbnrnya aktv2 tersebut menguji kekuatan mental & fizikal kami. Sedikit sbyk, aktvt2 tersebut mengajar dan menyedarkan kami ttg kelemahan & kekuatan diri sndri dlm mjlnkn tgjwab sbg pljar & juga sbg pndidik pd msa akn dtg.
Apakah kami tlh bersedia sepenuhnya utk bergelar pendidik? Cukup mantapkah diri ini utk mendidik ank2 harapan bangsa? Cukup kuatkah diri ini utk memikul tgjwab & menghadapi cabaran yang mendatang?? Jawapannya ada pd diri kita sndri, rakan2 DPLI '09.
Semoga sekembalinya dr BIG ini, kita akn lbih bersemangat dan menanamkn azam baru utk memperbaik & memantapkn diri ini sblum menyahut plbgai cabaran pd masa akn dtg, insyaallah. Selamat maju jaya, bakal2 pendidik sekalian...DPLI BOLEH!!!
Posted by nadiah_yusof at 6:37 AM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..today, finally finish the final exam for this semester. After 2 weeks struggling & facing horrible time to make on it, now I can breathe a sigh of relief from the burden that laid on me. Why I said so? Emm...along that 2 weeks, we DPLI students not only struggling for sitting the final exam, but also finished assignments before the exam starts. Can you imagine how horrible we are at that time. We had no time to manage ourselves properly or it can say like we don't know what had happened surround us within the period of time.
But, the past is past. Without our realization, it actually tested our strength and weakness of facing on commitments. It taught us about time management, sense of responsibility and also self management. To be an excellent teacher, we should handle it wisely and practically. Compare it in reality, it was just a small commitment. To become an excellent teacher, there will be more efforts and sacrification needed. So, I have to prepare mentally & physically to face it soon. So, get ready Miss Nadiah...:-)
Posted by nadiah_yusof at 9:34 PM 0 comments
Wednesday, April 8, 2009
Puisi Indahku...
click to create your own
'Rasulullah bersabda,"org yg paling mulia dalam pandangan Allah ialah org yg suka memaafkan org lain yg telah menyakitinya di saat dia mempunyai kekuatan untuk membalas".
Posted by nadiah_yusof at 10:59 PM 0 comments
**KaTa2 uLaMa'**
-Junayd al-Baghdadi-
Posted by nadiah_yusof at 10:53 PM 0 comments
Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah!
Semalam saya dan kawan baik saya, Ana, telah berlaku sedikit salah faham dengan seorang penjual. Saya yang menemani Ana pun telah turut sama 'berbahas' dengannya untuk membela kawan saya, walaupun tidaklah sehingga bergaduh. Saya berasa lebih marah jika ia terjadi kepada kawan baik saya berbanding jika saya sendiri. Walaupun perkara itu telah selesai, ia mempengaruhi mood saya di dalam kelas pada pagi itu. Pagi itu pula, komputer saya membuat kerenah, tidak dapat disambungkan ke server dan sistem AD pun tidak dapat dikesan oleh komputer. Trainer, En. Inderjit berkata,
"Komputer ini merajuk agaknya, kamu ada marah diakah?"
Saya juga berkata kepada rakan sekelas saya di sebelah yang mengusik saya,
"Hari ini mood saya tidak baik. Jangan bercakap dengan saya atau saya akan meletup."
Beberapa ketika kemudian, saya berasa baik sedikit kerana trainer membuat lawak dan saya tersenyum. Namun, saya masih berasa tidak puas hati. Dalam hati saya berkata,
'Sudahlah selama ini saya menjadi pelanggan tetapnya. Apa salahnya kalau dia bermurah hati dan berlembut dalam melayan pelanggan. Barulah bisnes lebih maju. Tengoklah nanti saya tidak mahu membeli daripadanya lagi.'
Saya sedar, saya tidak patut marah begini. Fikiran sebegitu ada hasutan dari syaitan. Sepanjang hari itu saya berlawan dengan rasa marah saya. Saya sepatutnya mencontohi Nabi Muhammad yang tidak pernah marah dan berdendam, malah memblas dengan lembut walaupun kepada Uthbah yang memaki baginda dengan teruk. Tengahari itu saya pulang ke kolej dan berbaring sambil berfikir. Mungkin kerana terlalu geram, dan memikirkan beberapa perkara yang bercampur aduk hingga saya menangis sebentar. Seketika kemudian, saya berkata,
"Mungkin ada pengajaran dan hikmahnya. Mungkin juga saya ada melakukan kesalahan. Apapun yang terjadi, saya mesti sentiasa meningkatkan diri supaya mempunyai akhlak yang baik, dan memaafkan walaupun dalam keadaan marah. Sesungguhnya untuk bersabar bukanlah sesuatu yang mudah. Kata nabi, orang yang paling kuat adalah yang dapat mengawal marahnya."
"Ya Allah, jadikanlah saya orang yang bersabar dan bersyukur," doa saya berulang-ulang.
Alhamdulillah, hari ini saya sudah berjaya memaafkan dan menerima perkara itu dengan positif.
Ujian keempat MCSA hari ini berjaya saya habiskan dalam masa setengah jam sahaja dan Alhamdulillah, lulus. Kali ini saya berusaha lebih dan berharap akan terus lulus dalam ujian seterusnya. Biarlah perkara yang telah berlaku yang tidak mampu diubah, namun kita sentiasa mempunyai peluang untuk berusaha untuk hari esok.
Posted by nadiah_yusof at 10:52 PM 0 comments
Anda Cantik....
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
Posted by nadiah_yusof at 10:48 PM 0 comments
Adab-Adab Pergaulan Lelaki Dan Perempuan
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:"Dan ucaplah kata-kata yang makruf."
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia."
• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya."
• Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW: "Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu..." (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita
• Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah: "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka."
Dan firmanNya lagi:"Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabarruj."
• Serius dalam ucapan
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Alla : "Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."
• Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: "Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. "
Posted by nadiah_yusof at 10:44 PM 0 comments



